Monday, March 29

bunga-bunga



salam

heee ;p
hari ni xde monday blues sgt.. hati berbunga-bunga.. oh NO!! wpun batuk giler terok smpai tekak cam luka parah tapi takpe, sbb rasa bahagia.. lalalala ~ harapnya panas smpai ke ptg... ngee~ oh ni kesinambungan entry ini :)

nota kaki : kuat giler aku batuk. habis 1 ofis ni dgr. eh silap. bkn 1 ofis.. tp 1 seksyen je. hehe
Thank you for reading ~!

Tuesday, March 16

Perkongsian: Yang Aku ada hanyalah sekarang.


Masa lalu, tak akan pernah kembali...


a good friend of mine forward this to me..
just wanna share with u guys.. happy reading!




Melihat-lihat gambar semasa kecil, meningkat remaja, dan remaja membuatkan saya rasa rawan. Saya sentiasa berkata kepada diri saya sendiri, bahawa kalau diberi pilihan, saya akan pulang ke masa dahulu untuk mengubah diri.

Memang, manusia dalam meneruskan kehidupan, ada kalanya dia melakukan perkara-perkara bodoh.

Bila teringatkan perkara bodoh yang dia lakukan, dia akan terasa ingin kembali untuk pada waktu sebelum dia melakukan kebodohan.

Namun, manusia tidak mempunyai semalam. Juga manusia belum tentu menghadiri esok. Dan manusia belum tentu meghabisi hari ini. Yang manusia ada hanyalah sekarang.

Sekarang untuk dia hargai, dan membuat peningkatan diri.

Ramai tidak menghargai

Kita menjalani hidup sehari-hari tanpa gusar. Seakan-akan semalam itu boleh kita kutip kembali bila-bila masa. Seakan-akan juga esok itu 100% pastinya ada. Sepertinya kita amat yakin, hari ini kita mampu kita tamatkan dengan baik.

Ramai tidak menghargai kehidupan, lantas mengisinya dengan perkara yang sia-sia.

Saya tidak mengira sia-sia itu dengan apa yang manusia lihat sia-sia. Tetapi saya mengira sia-sia itu dengan apa yang Allah SWT katakan sebagai sia-sia.


“Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”. Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.” Ayat 103-105 Surah Al-Kahfi.


Saya tidak peduli kalau kita lakukan sesuatu, dan manusia tidak menilainya, atau manusia tidak memberikan perhatian terhadapnya. Sebagai contoh – ikhlas, niat yang bersih, amalan qiam di malam hari, berapa helai bacaan Al-Quran kita, berapa zikir kita wiridkan, berapa rapatnya hubungan kita dengan Allah SWT.

Sebab saya hanya peduli, apa yang Allah kira pada kita. Apa yang Allah nilai.

Dan saya sentiasa yakin, apa-apa sahaja yang Allah katakan baik untuk kita lakukan, itu semestinya baik untuk hubungan kita dengan manusia sekeliling. Allah tidak pernah menyuruh kita melakukan sesuatu yang membawa mudarat pada diri dan juga orang ramai.

Cuba fikirkan.

Namun. Ramai yang tidak menghargai. Waktu-waktu diberikan, dihabiskan untuk memenuhi kehendak manusia semata-mata. Untuk memenuhi tuntutan mereka sahaja. Sebab itu, hendak dapat banyak A, atau mendapat pointer yang tinggi, atau mendapat laba yang besar, atau hendak menyenangkan hati manusia lain, manusia sanggup berbohong, menipu dan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

Nanti Allah akan tanya

Adakah saya rasa rugi dengan masa belakang saya, rasa ingin kembali, hanya kerana kenangan-kenangan yang berharga? Hanya kerana rasa rindu dengan suasana-suasana yang ada pada waktu-waktu dahulu?

Itu bukan masalahnya. Yang membuatkan saya rasa rawan, terkilan, dan kadangkala terasa hati, adalah kerana apabila saya melihat waktu-waktu belakang saya, maka saya akan terfikir, bagaimana Allah SWT akan bertanya pada saya akan hari-hari yang telah saya lalui itu.

Dan saya sudah tidak boleh memperbaikinya.

Adakah sesiapa yang dapat kembali kepada semalam?

Jadi bagaimana? Bagaimana kalau Allah tanya?

“Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): “Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)”. Surah An-naba’ ayat 40.

Sebab itu, sekarang adalah amat berharga

Manusia tidak nampak, bahawa dia akan pulang kepada Yang Maha Berkuasa. Yang Maha Bijaksana. Yang Maha Memerhatikan. Yang Maha Mengetahui.

Sebab itu, waktu sekarang, mereka salah gunakan dengan hidup untuk perkara lain. Kebanyakan perkara, atau kesemua perkara yang dilakukan, tidak dihubungkan dengan Allah SWT. Kerja, tidak dihubungkan dengan Allah. Studi, tidak dihubungkan dengan Allah. Canda, tidak dihubungkan dengan Allah. Makan minum, riadhah, kehidupan seharian, langsung tidak dihubungkan kepada Allah SWT. Sebab itu, perkara-perkara tidak syara’ menembus masuk dan menyerang kehidupan manusia dari segenap arah.

Sedangkan, sekarang adalah berharga. Sebelum ia bertukar menjadi masa lalu, semalam, minggu lepas, bulan lepas, setahun lepas, 10 tahun lepas.

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” Surah Al-‘Asr ayat 1-3.

Tidakkah manusia benar-benar faham, bahawa mereka hanya mempunyai sekarang?

Sekaranglah masa memohon ampun, sekaranglah masa memperbaiki diri, sekaranglah masa mengubati hati, sekaranglah masanya untuk menggerakkan diri ke arah Yang Kekal Abadi.

Kita hanya ada sekarang.

Tidakkah manusia memerhatikan?

Penutup: Nanti bila Allah berpaling…

Allah SWT adalah Yang Maha Penyayang, Maha Pengasih, Maha Mencintai, Maha Pengampun. Tiada yang mampu menandingi kasih-sayang-Nya. Tiada siapa yang mampu menandingi cinta-Nya. Tiada yang mampu menyaingi keampunan-Nya.

Tetapi akan wujud satu hari, di mana Allah SWT tidak lagi membuka kasih sayang-Nya, melainkan kepada mereka yang telah mendapat kasih sayang-Nya. Akan tiba satu hari di mana Allah menutup ampunan-Nya melainkan untuk mereka yang telah diampunkan-Nya. Akan sampai satu hari di mana Allah menutup cinta-Nya melainkan untuk mereka yang telah dicintai-Nya.

Itulah dia Hari Akhirat.

Allah akan murka semurka-murkanya pada mereka yang telah diberi peluang tetapi mensia-siakannya. Allah akan marah semarah-marahnya, pada mereka yang telah diberi peringatan tetapi tidak mengendahkannya.

Hari itu Allah akan berpaling.

“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”. Lalu berkatalah orang yang berdosa: “Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?” Allah berfirman: “Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan”.” Surah Toha 124-126

Dan kita hanya punya kehancuran. Ketika itu kita tidak punya lagi ‘sekarang’ atau ‘hari esok’. Yang kita hanya ada adalah apa-apa yang telah kita lepaskan.

Tergantung di neraka. Di tengah-tengah kematian dan kehidupan.

“Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya, Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya), Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.” Surah Al’A’laa ayat 11-13.


taken from : Website: langitilahi.com

Thank you for reading ~!

Sunday, March 14

d o w n

aku sangat sedih hari ni.. in fact dari semalam lagi.. habis semua appointment untuk semalam cancel. malam tadi pon tido tak nyenyak. hari ni pulak siap ngigau lagi. its just like a nightmare but this is for REAL. mata dah bengkak kot nangis. nak tengok all-england (chong wei in the final ok) pon dah tak semangat. YA ALLAH berilah aku kekuatan. sampai kepala ni fikir macam2 biar aku boleh lupa semua. senang. tak payah fikir. full stop.

esok pulak isnin. malas betol nak pergi keje. dengan emosi yang tak stabil ni. pms lg. erghhhh!!

notakaki : thanks yaya for the award. yaya mmg cantik :) btw im not in a good mood to pass the award to others la. hee ;p
Thank you for reading ~!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...